Belajar Tulis Kertas Kerja Perniagaan

Jika anda seorang usahawan dan anda perlukan pembiayaan, kebanyakkan institusi kewangan dan agensi kerajaan akan mewajibkan anda menyertakan kertas kerja perniagaan bersama dengan permohonan pembiayaan anda. Di www.eilham.biz, anda boleh belajar bagaimana untuk menulis kertas-kertas kerja untuk perniagaan anda.

MODUL E-PEMBELAJARAN
RANGKA ASAS KERTAS KERJA PERNIAGAAN

Belajar Bagaimana Untuk Menulis Kertas Kerja Perniagaan Untuk Tujuan Memohon Pembiayaan dengan menonton video-video pembelajaran yang disediakan khusus untuk para usahawan Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.

OBJEKTIF PEMBELAJAN:

Berikut adalah objektif-objektif pembelajaran modul ini:

  • Anda akan didedahkan kepada segmen-segmen asas sesuatu Kertas Kerja Perniagaan.
  • Anda akan belajar apa yang perlu dimasukkan atau ditulis dalam setiap segmen yang dibentangkan.
  • Anda akan kenalpasti beberapa saluran pembiayaan yang popular di negara ini untuk anda cuba pohon pembiayaan untuk perniagaan anda.

ISI KANDUNGAN MODUL

Di dalam kursus e-pembelajaran “Rangka Asas Kertas Kerja Perniagaan”, 8 modul video pembelajaran disediakan untuk tontonan anda:

Modul 1 . Struktur Asas Kertas Kerja Perniagaan
Modul ini akan menerangkan kepada anda segmen-segmen asas yang penting dalam sesuatu kertas kerja pembiayaan, yang lazim digunakan oleh para usahawan Malaysia

Modul 2: Ringkasan Eksekutif
Tahukah anda tentang segmen pertama yang wajib ini? Belajar apa yang anda perlu bentangkan dalam segmen Ringkasan Eksekutif dalam kertas kerja perniagaan anda.

Modul 3: Produk dan Perkhidmatan
Belajar bagaimana untuk mempersembahkan produk atau perkhidmatan anda dengan maklumat-maklumat yang boleh menarik minat para pembiaya.

Modul 4: Analisa Pasaran
Anda akan mempelajari tentang bagaimana untuk karangkan Analisa Pasaran untuk dimuatkan ke dalam kertas kerja perniagaan anda.

Modul 5: Rancangan Operasi
Apakah yang dimaksudkan dengan “Rancangan Operasi“? Modul ini akan menjelaskan ia kepada anda.

Modul 6: Rancangan Kewangan
Modul ini akan mendedahkan kepada anda pertimbangan-pertimbangan yang perlu anda buat dalam menulis sesuatu Rancangan Kewangan.

Modul 7: Pentadbiran
Di dalam modul ini, anda akan mempelajari apakah maklumat-maklumat penting untuk dimuatkan ke dalam segmen Pentadbiran di dalam kertas kerja perniagaan anda.

Modul 8: Saluran-Saluran Pembiayaan
Modul ini akan bantu anda kenalpasti agensi-agensi kerajaan dan saluran-saluran lain yang popular untuk anda cuba mohon pembiayaan untuk perniagaan anda.

Selain dari video-video pembelajaran di atas, anda juga boleh download:

  • Contoh Rancangan Kewangan dalam format Microsoft Excel, untuk anda jadikan template Rancangan Kewangan anda sendiri
  • 10 Contoh-Contoh Kertas Kerja pelbagai industri untuk anda rujuk bagi mendapatkan eilham perniagaan anda sendiri

Dapatkan maklumat lanjut tentang program ini di www.eilham.biz.

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *